Thursday, April 9, 2009

纳吉的新内阁...

不加不减,原汁原味奉上纳吉的心水阵容

来自首相纳吉的新闻,他对内阁的期许,看法和要求。不加不减,不含人造加工,原汁原味。当做历史文件记录。

Prime Minister Najib Razak announced his Cabinet today and a series of reforms to government to best deliver for all Malaysians.

Announcing the new Cabinet, the Prime Minister said, "As I have spoken to people over recent days, I have seen and heard a desire for renewal and change.  A government that responds to the needs of today's Rakyat and prepared to serve future generations.

393600najib_announcement_w

"I am proud to have selected 28 men and women for our new government who share this passion for our country's future." 

He said that his Cabinet would serve with:

- A sense of integrity and high standards, to preserve the public trust;
- Talent and ability that we will need in these challenging times;
- Loyalty to their party, their government and most importantly their country; and
- A passion to renew our country for a new century.

The Prime Minister also announced a series of major reforms to the structure and approach of government, including a series of Key Performance Indicators and a more streamlined ministerial infrastructure.

He said, "My Cabinet will not merely be a new team, with new faces; but equally a repositioning of roles and portfolios. It will also mark a new approach towards a transparent and accountable government, focused on delivery for the people." 

Speaking about the new Key Performance Indicators he said:  "I want to begin by introducing a new paradigm for performance and delivering results, through rigorous use of Key Performance Indicators. These indicators will focus on impact, rather than inputs, outcomes, rather than outputs, and ensure that public services deliver value for money."

The new infrastructure of government includes the abolition of two Ministries, a new Ministry for Energy, Green Technology and Water, a new minister responsible for unity and performance management in the Prime Minister's Department and a new, independent Council of Economic Advisors. 

najib announce new cabinet lineup 090409 07



The Prime Minister called on his Ministerial team to focus on delivering for the people of Malaysia.  "The people expect us to work tirelessly on their behalf; to listen and learn from them; to never rest in our commitment to One Malaysia.  We must never let them down."

He also challenged all Malaysians to join the government in building One Malaysia.  He said: "Let me challenge you in particular our young people to become part of our nation's renewal.  

"We all must understand that the days of top-down, government-knows-best are behind us. We can only achieve our ambitions for Malaysia when the government of our country and the people of our country work together to build a stronger nation."

 

 



SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA 9 APRIL 2009


   


YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak


Perdana Menteri


 


YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin


Timbalan Perdana Menteri 


  


JABATAN PERDANA MENTERI


 


Menteri


Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon


-       Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz


-       Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen


Tan Sri Nor Mohamed Yakcop


-       Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi


Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom


-       Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam


 


 


Timbalan –Timbalan Menteri


Datuk Liew Vui Keong


Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)


Datuk S K Devamany


Encik Ahmad Maslan


Encik T. Murugiah (Senator)


 


 


 


KEMENTERIAN KEWANGAN


 


Menteri      : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak


Menteri II    : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan


Timbalan   : Datuk Chor Chee Heung


Timbalan   : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)


 


 


 


 


KEMENTERIAN PELAJARAN


 


Menteri       : Tan Sri Muhyiddin Yassin


Timbalan   : Datuk Dr. Wee Ka Siong


Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi


 


 


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN


 


Menteri       : Datuk Ong Tee Keat


Timbalan   : Datuk Abdul Rahim Bakri


Timbalan   : Datuk Robert Lau Hoi Chew


 


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI


 


Menteri       : Tan Sri Bernard Dompok


Timbalan   : Datuk Hamzah Zainuddin


 


KEMENTERIAN DALAM NEGERI


 


Menteri       : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein


Timbalan   : Dato’ Wira Abu Seman Yusop


Timbalan   : Encik Jelaing anak Mersat


 


KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN


 


Menteri       : Dato’ Seri Dr Rais Yatim


Timbalan   : Datuk Joseph Salang Gandum


Timbalan   : Puan Heng Seai Kie (Senator)


 


KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR


 


Menteri       : Datuk Peter Chin Fah Kui


Timbalan   : Puan Noriah Kasnon


 


 


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


 


Menteri       : Datuk Seri Shafie Apdal


Timbalan   : Datuk Hassan Malek


Timbalan   : Datuk Joseph Entulu anak Belaun


 


 


 


 


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


 


Menteri       : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin


Timbalan   : Datuk Dr Hou Kok Chung


Timbalan   : Datuk Saifuddin Abdullah


 


 


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


 


Menteri       : Datuk Mustapa Mohamad


Timbalan   : Dato’ Mukhriz bin Tun  Dr Mahathir


Timbalan   : Datuk Jacob Dungau Sagan


 


 


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


 


Menteri       : Datuk Dr Maximus Ongkili


Timbalan   : Encik Fadillah Yusof


 


 


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR


 


Menteri       : Datuk Douglas Unggah Embas


Timbalan   : Tan Sri Joseph Kurup


 


 


KEMENTERIAN PELANCONGAN


 


Menteri       : Datuk Ng Yen Yen


Timbalan   : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


 


 


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


 


Menteri       : Datuk Noh Omar


Timbalan   : Datuk Johari Baharum


Timbalan   : Datuk Rohani Abdul Karim


 


 


KEMENTERIAN PERTAHANAN


 


Menteri       : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Timbalan   : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


 


 


KEMENTERIAN KERJA RAYA


 


Menteri       : Datuk Shaziman Abu Mansor


Timbalan   : Datuk Yong Khoon Seng


 


 


 


KEMENTERIAN KESIHATAN


 


Menteri       : Datuk Liow Tiong Lai


Timbalan   : Datuk Rosnah Rashid Shilin


 


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


 


        Menteri   : Datuk Ahmad Shabery Cheek


Timbalan   : Datuk Razali Ibrahim


Timbalan   : Encik Wee Jeck Seng


 


 


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


 


        Menteri   : Datuk Dr. S. Subramaniam


        Timbalan       : Datuk Maznah Mazlan (Senator)


 


 


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN


HAL EHWAL PENGGUNA


 


        Menteri   : Datuk Ismail Sabri Yaakob


        Timbalan       : Datuk Tan Lian Hoe


 


 


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


 


        Menteri   : Datuk Kong Cho Ha


        Timbalan       : Datuk Lajim Ukin


 


 


 


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


 


        Menteri   : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)


        Timbalan       : Datuk Paduka Chew Mei Fun


 


 


 


KEMENTERIAN LUAR NEGERI


 


        Menteri   : Datuk Anifah Aman


        Timbalan       : A. Kohilan Pillay (Senator)


        Timbalan       : Datuk Lee Chee Leong


 


 


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


 


        Menteri   : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


        Timbalan       : Datuk M Saravanan


 


malaysia new cabinet minister najib cabinet 090409


 



ADDENDUM TO CABINET ANNOUNCEMENT

UCAPAN RINGKAS PENGUMUMAN KABINET


 OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK


PERDANA MENTERI MALAYSIA


PADA 9 APRIL 2009 (KHAMIS), JAM 3.00 PETANG


DI ICU, JABATAN PERDANA MENTERI


........................................................................................


 


Bismillahirrahmanirrahim


 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera


 


KERAJAAN BARU, SATU MALAYSIA


 


Mukadimah


 


1.           Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur dan sukacita kerana dapat bersama saudara dan saudari pada petang yang bersejarah ini bagi mengumumkan keputusan pembentukan kabinet baru.


 


 


KABINET BARU, KEUTAMAAN BARU


 


2.           Mutakhir ini, saya telah banyak bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat di pelbagai kedudukan untuk mendengar keluh kesah, pandangan serta kehendak mereka yang mendambakan pembaharuan juga perubahan. Mesej yang jelas, adalah mereka inginkan sebuah kerajaan yang responsif terhadap keperluan rakyat hari ini, dalam masa yang sama bersiapsiaga menumpah khidmat kepada generasi mendatang.


 


3.           Alhamdulillah, saya berasa gembira kerana telah memilih 28 orang pemimpin bagi membentuk kabinet baru. Mereka telah menyatakan semangat dan kesungguhan untuk berbakti. Justeru, saya yakin kesemua mereka berkongsi iltizam yang padu bagi memacu negara ke arah kecemerlangan. Inilah saf dan pasukan yang kita harapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional, yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelosok….Satu Malaysia.


4.           Selanjutnya, apa yang paling mustahak berkaitan Kabinet baru ini adalah prinsip-prinsip dikongsi bersama yang akan dipamerkan melalui:


 


             I.                Nilai integriti dan piawai / standard yang tinggi untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.


 


           II.                Bakat dan kebolehan yang sangat diperlukan dalam menempuh saat-saat yang amat mencabar kontemporari ini.


 


          III.                Ketaatsetiaan dan kepatuhan kepada parti, kerajaan terutamanya kepada tanah air.


 


         IV.                Kebersungguhan dan bersemangat tinggi demi membina sebuah negara yang berdaya saing menempuh abad baru. 


 


5.           Sehubungan yang demikian, kita akan terus berusaha membina sebuah kerajaan untuk semua rakyat. Kerajaan yang akan berbakti untuk memenuhi keperluan rakyat dengan jalan:


 


             I.                Memperbaharui ekonomi negara untuk menangani kesan kemelesetan ekonomi global serta mencipta penyelesaian apabila mendepani cabaran perubahan struktur yang akhirnya berupaya menonjolkan potensi sebenar kita.


 


           II.                Membangunkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diperkukuhkan atas dasar kepercayaan serta sikap saling hormat menghormati.


 


          III.                  Membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan sebenar untuk semua.


 


         IV.                  Memperkasakan sistem pendidikan nasional.


 


           V.                Melibatkan setiap rakyat Malaysia dalam proses politik negara dan melebarkan wacana nasional.


 


PENDEKATAN BARU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN


 


6.           Sesungguhnya, Kabinet baru ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru,  malah ia sebenarnya satu penyusunan semula peranan dan portfolio. Kabinet ini turut menjadi tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokus mendahulukan rakyat.


 


7.           Untuk maksud tersebut, saya akan memulakan usaha ini dengan memperkenalkan satu paradigma yang akan memacu prestasi dan pencapaian. Kita akan menggunakan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) secara menyeluruh. Petunjuk tersebut akan menekankan impak, bukannya ‘input’; hasil, bukannya ‘output’ dan akan memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi (value for money). Petunjuk tersebut akan mencerminkan keutamaan strategik negara dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang akan dipimpin oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


 


8.           Bagi merealisasikan hal ini, saya mahukan agar para Menteri serta pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam dipertanggungjawabkan terhadap pencapaian masing-masing bersandarkan petunjuk prestasi tersebut. Manakala setiap Timbalan Menteri berjumlah 40 orang semuanya akan diberi ruang tugas yang khusus. Saya akan mengarahkan setiap Menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas mereka serta timbalan masing-masing dalam masa 30 hari dari sekarang. Inilah hasrat besar saya meletakkan matlamat sedemikian supaya kabinet baru ini benar-benar menggalas tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.


 


9.           Dengan dibantu oleh Menteri yang berkaitan, saya akan memantau pengurusan petunjuk prestasi agar ia berjalan dengan lancar. Seterusnya untuk makluman semua, saya akan terlibat secara peribadi dan langsung untuk mengkaji prestasi semua Menteri pada setiap 6 bulan. Makanya, bilamana prestasi didapati tidak memenuhi piawai, saya dan Menteri berkenaan serta penjawat awam yang berkaitan akan merungkaikan sebarang halangan yang menyekat prestasi mereka itu. Sememangnya pun inilah pendekatan saya sejak dulu lagi dalam mencapai transformasi melalui kepimpinan yang berasaskan prestasi.


 


10.        Apa yang paling mustahak ialah saya mahu memastikan agar struktur kerajaan akan memenuhi keperluan rakyat sebaik mungkin. Ia juga sebagai sebuah kerajaan yang diperkemaskini khusus bagi memastikan penyampaian khidmat awam yang lebih berkesan seiring dengan tuntutan zaman baru serba mencabar ini.


 


11.        Oleh itu, saya telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan kementerian dalam Kabinet baru ini. Dua kementerian telah dibubarkan dan fungsi mereka diserap oleh kementerian lain yang sedia ada.


 


12.        Sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah ditubuhkan dengan mandat memajukan konsep pembangunan mapan serta pengamalan teknologi hijau.


 


13.        Saya juga telah melantik seorang Menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan di Jabatan Perdana Menteri sekaligus turut bertanggungjawab bagi pengurusan prestasi. Portfolio baru ini akan mengamalkan pendekatan yang kreatif ke arah pembentukan perpaduan nasional bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.


 


14.        Di atas segalanya, pemulihan ekonomi serta pembinaan kemakmuran jangka panjang menjadi keutamaan tertinggi bagi kerajaan baru ini. Oleh itu saya akan menerajui usaha mulia ini demi memperbaharui ekonomi negara dengan bantuan sebuah pasukan yang terbukti berpengalaman untuk bekerja demi Malaysia.


 


15.        Usaha pembaharuan ekonomi ini akan melibatkan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Ekonomi yang akan melaporkan terus kepada saya. Majlis ini akan memberikan khidmat nasihat pakar yang bersifat bebas dan objektif mengharungi suasana ekonomi yang cukup mencabar dan berusaha membina asas sebuah ekonomi berpaksikan inovasi. Jawatan kepada Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi ini adalah bertaraf Menteri.


 


16.        Selain itu, bagi memastikan agar aset terpenting negara iaitu modal insan terus dimanfaatkan sebaiknya, Timbalan Perdana Menteri diamanahkan memimpin sebuah pasukan yang akan menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada di negara kita.   


 


17.        Saya amat yakin dan percaya bahawa usaha pembaharuan negara perlu bermula dengan pembaharuan kerajaan; sebuah Jemaah Menteri yang baru, dengan tanggungjawab yang baru serta struktur yang baru.


 


18.        Pesanan saya kepada Jemaah Menteri yang baru dilantik; beringatlah bahawa rakyat mengharapkan agar kita bekerja tanpa jemu, sentiasa mendengar rintihan mereka dan terus bekerja tanpa henti demi komitmen kita terhadap Satu Malaysia. Begitulah juga bahawa kita telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, lantas kita seharusnya menerima penghormatan tersebut dengan penuh rasa rendah diri dan dedikasi.


 


 


19.        Kepada para pegawai perkhidmatan awam Malaysia yang cemerlang, nyatanya khidmat saudara/saudari sangat dihargai dan amat penting bagi kemakmuran jangka panjang negara. Kerajaan baru ini akan meletakkan keperluan yang bertuntutan tinggi dan penuh komitmen terhadap jawatan yang disandang. Lantaran kami meminta saudara dan saudari semua bersama kami; melengkapi komitmen kami untuk bekerja dan berganding mencurahkan sepenuh tenaga kepada rakyat.


 


20.        Kepada rakyat Malaysia, terimalah cabaran saya…terutamanya golongan muda..untuk bersama-sama memadu tenaga ke arah pembaharuan negara.


 


21.        Kita harus memahami bahawa era kerajaan yang bertindak mengawal secara keterlaluan dan mengamalkan sikap ‘kerajaan lebih mengetahui’ (government knows best) sudah berlalu. Kita akan hanya mampu mencapai cita-cita untuk Malaysia apabila kerajaan serta rakyat bersama-sama bersatu tenaga membina sebuah negara yang aman makmur.


 


22.        Hakikatnya, kita masih berhadapan dengan banyak halangan. Akan tetapi saya sentiasa percaya bahawa tiada masalah yang wujud di negara ini yang tidak dapat ditangani dengan kehebatan, keupayaan, kemahiran dan bakat yang dimiliki oleh rakyat kita.


 


23.        Oleh itu, marilah bersama kami. Marilah bersama pasukan bersemangat ini. Bersama kita terokai perjalanan hebat untuk memperbaharui negara tercinta ini hingga menjadi kisah pencapaian yang membanggakan buat kita suatu hari nanti. Insya-Allah.


 


Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.  Sekian terima kasih.


 



 

najib announce new cabinet lineup 090409 02


 


Key changes made to the Cabinet are as follows:


 


1. The functions of the Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development to be absorbed by other Ministries e.g. SME Development under MITI; MARA and Tekun to the Ministry of Rural and Regional Development. SME Development is a critical policy area for the Government. Integrating the SME Development function into MITI would strengthen the role of SME Industry Development Corporation (SMIDEC) as the lead agency for SME development in Malaysia. Moving MARA and Tekun into the Ministry of Rural and Regional Development would integrate Government's efforts to promote Bumiputera capacity development, particularly through education and provision of credit.


 


2. The Communications Division of the Ministry of Energy, Water and Communications (MEWC) and the supervision of the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) are to be absorbed by the Ministry of Information. Additionally, the Ministry of Information would also absorb the functions of Arts and Culture. The newly enlarged Ministry of Information is now renamed as the Ministry of Information, Communications, Arts and Culture. The previous alignment of ministerial functions resulted in frequent concerns over jurisdiction when it came to matters of media supervision.  This new Ministry will ensure integrated supervision of the media, especially the Internet, and promote greater Government understanding of and presence in non-traditional media channels. This new Ministry will also ensure a new and innovative approach towards the development of Malaysian arts and culture.


 


3. A new Ministry of Energy, Green Technology and Water will be created from the remaining elements of the MEWC. This new Ministry will have an important mandate to promote sustainable development and the use of green technologies.


 


4. Under the Prime Minister's Department, a Minister in charge of Unity and Performance Management will be appointed. This Minister will oversee the Government's important initiative to introduce Key Performance Indicators (KPIs), and ensure accountability on key strategic areas for Government delivery. This portfolio will also be responsible for promoting new and creative approaches towards promoting national unity, in line with the One Malaysia concept.


 


5. A Council of Economic Advisors (CEA) will be created to provide expert advisory support directly to the Prime Minister. This Council will consist of 6 to 8 expert advisors on economic matters. The Chairman of this Council will have ministerial rank, but will not be part of the Cabinet and will not attend Cabinet meetings.

No comments:

Post a Comment