Showing posts with label 政治比较. Show all posts
Showing posts with label 政治比较. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

一目了然的落伍和进步

马哈迪和再益的冲突观点:落伍保守 VS 进步开明

马哈迪(84岁)和再益(58岁),两位都是马来政治领袖。他们代表两个不同年代的人和思维。

马哈迪的政治信仰可轻易随着环境变化而改变,从昔日的马来种族主义到民族主义、务实主义到发展主义,如今又回到种族主义!马哈迪,人是他,鬼是他,神也是他,一人分饰多角色,迟早人格分裂。

再益的从政理念就比较简单,从单元的巫统到多元的公正党,坚持信念,不惜辞职。

MalayDilemma

五一三事件后的70年代,马哈迪的着作《马来人的困境》席卷马来社会,挑起马来种族主义,接合巫统内部倒东姑力量,成功把东姑拉下台,但自己却遭东姑革除党籍。

2009年3月再益推出《我也是马来人》书籍,以马来人的角度反击各项种族主义的观点。这本书获得很高的评价。

今天(7月21日),马哈迪再益都在自己的部落格以国语撰文,表达对种族政治的看法。

ZI_finalBookCover_outlinedFA1203

我认为值得将马哈迪(M)和再益(Z)的观点摆在台面比一比。谁进步,谁落伍,一目了然,无需色素和加料修饰,原汁原味让你评价。
M1. Mereka (Melayu) cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan.  Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Z1. Saya berpendapat Tengku Razaleigh Hamzah lebih sesuai menjadi Perdana Menteri. Buat masa ini, dia sahajalah Ahli Parlimen UMNO yang paling kanan yang tidak perkauman atau tidak rasis (racist). Hanya Perdana Menteri Melayu yang tidak rasis sahaja boleh menyelamatkan negara ini.

M2. Kerana mereka (Melayu) rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Z2. Tengku Razaleigh memang kuat nasionalismenya; memang pejuang Melayu yang tulen tetapi tidak terdengar ucapan dibuat olehnya yang membenci dan menghina kaum lain dalam apa-apa isu.
M3. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).  Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

Z3. Dia (Ku Li) boleh mengatasi isu rumit tanpa mengapi-apikan rasa perkauman atau menggunakan kekerasan. Dia tidak akan menggunakan polis dan SPRM untuk menjatuhkan musuh politiknya. Dia tidak akan melantik orang yang rasis untuk menjadi pengarang akhbar. Isterinya pula tidak akan rasa tersinggung kalau gambarnya tak keluar dalam akhbar.

M4. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Z4. Tengku Razaleigh masih menaruh harapan yang dia mampu menyelamatkan UMNO. UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang diperjuangkan oleh Ku Li dahulu. Mungkin lebih baik rasanya kalau Ku Li pertimbangkan untuk sertai Parti Keadilan Rakyat.
M5. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan  yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu.  Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu.  Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. 

Z5. Kebanyakan wakil rakyat dan pemimpin UMNO tidak tahu membezakan tanggung jawab nasionalisme daripada pemikiran fasis dan rasis. Sebab itu mereka tidak boleh menyelesaikan masalah negara atau pun menyelamatkan Malaysia. Sebab itu akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sering mencerminkan pemikiran jahat yang membenci kaum daan agama lain. Sememangnya mereka tidak ada minat dan hasrat untuk meniliti dan menilai satu-satu masalah secara objektif dan rasional. Yang mereka tahu hanya mengapi-apikan perasaan perkauman.

M6. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri.  Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka.  Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun.  Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Z6. Rasisme adalah ideology usang, primitif, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rasisme telah dan akan memuntahkan sesuatu yang buruk dan busuk dari dalam diri kita, iaitu rasa benci yang meluap-luap kepad kaum tertentu;; mungkin jiran kita sendiri. Apabila kita membenci, ia mengabui pertimbangan kita, menghalang kemampuan kita untuk mencari penyelesaian, dan ia akan menghancurkan segala nilai-nilai murni.
M7. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu.  Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Z7. Bagaimana kita akan hidup berharmoni sebagai satu masyarakat jika kebencian menjadi pegangan dan amalan kita? Tidak masuk akal sama sekali apabila ada pemimpin UMNO serta media suruhan mereka yang sanggup menyifatkan kesedihan dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kematian Teoh Beng Hock yang berada dalam siasatan SPRM sebagai satu tindakan politik.

M8. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Z8. Mereka (UMNO) turut menyifatkan rasa pilu rakyat sebagai mempersoalkan institusi Melayu! Sejak bila pula SPRM menjadi institusi untuk orang Melayu sahaja? Inilah racun perkauman yang telah menyerap ke dalam otak para pemimpin UMNO dan media yang mereka kuasai.
M9. Kemudian mereka (Melayu) anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%.  Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Z9. Perdana Menteri yang ghairah dengan slogan 1Malaysia yang kononnya mahu rakyat Malaysia hidup berharmoni tanpa mengira kaum dan agama hanya diam membisu dalam hal ini.

M10. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu.  Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia.  Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. 

Z10. Dia (Najib) tak berani nak tegur kenyataan-kenyataan rasis yang keluar dari mulut orang-orang di bawahnya.
M11. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional,  orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan.  Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Z11. Saya harap orang Melayu tidak mudah tertipu dengan racun perkauman ini. Melayu adalah bangsa yang mulia dan bertanggungjawab.

M12. Banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Z12. Melayu bangga dengan nilai-nilai murni Islam yang memandang hina terhadap perkauman. Kita tahu membezakan di antara jahat dan baik. Kita patut mampu memimpin dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa perkauman. Kaum tidak sepatutnya menjadi perhitungan sama sekali.
M13. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu.  Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Z13. Hanya bila orang Melayu dan pemimpin tertinggi Melayu menolak perkauman dan pemikiran fasis, baru Malaysia boleh selamat dan semua kaum selamat. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mesti menolak perkauman dan fasisme. Itulah sahaja yang boleh menjamin masa depan negara.

更多马哈迪再益的翻译和相关新闻如下。