... atas nama perpaduan, segala-galanya atas alasan yang mulia ini, dan juga yang terbaru, 1Malaysia. Saya tidak menolak idea ini.
Walhal ini kurang tetap, kita tidak boleh membenarkan fikiran membelenggukan kemajuan kita.
Sudah tentu ada mereka yang kurang faham tentang sejarah dan asal usul pendidikan masyarakat Cina akan berasa kaum ni degil sangat, apatah lagi mereka ni imigren atau pendatang ?!
Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) tidak menggoyangkan langsung sistem pentadbiran atau sistem nilai negara.
Walhal ia membantu negara dalam proses membina human capital. SJK(C) diserap dalam dasar pendidikan negara.
Jangan lupa pelajar bukan Cina di SJK(C) makin tahun makin meningkat. Ini merupakan satu Fakta.
Sehingga hari ini, lebih daripada 60,000 pelajar bukan Cina menuntut di SJK, iaitu 10% daripada jumlah pelajar SJK(C). Kebanykan daripada mereka terdiri daripada kaum Melayu.
Ini bukan kali pertama Utusan membangkitan isu yang dianggap basi ini, apakah lagi menjadikannya Frontpage Story!
Tetapi, ini kali pertama saya menggunakan Bahasa Malaysia dalam blog saya sejak ia dimulakan pada bulan August 2007.
Tujuan Bahasa Kebangsaan digunakan adalah untuk membolehkan lebih ramai pembaca mengetahui fikiran dan pandangan saya.
Alasannya mudah, saya rasa terpanggil untuk menjawab atau sekurang-kurangnya membalas berita basi ini.
Basi, kerana tidak baru, sudah tua. Memang sekolah satu aliran, bukan berita baru.
Saya ingin membantah sekeras-kerasnya tuduhan, SJK(C) adalah tempat penyebaran ideology yang menganggu perpaduan kaum seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak.
SK tidak menjadi pilihan utama masyarakat Cina ada sebabnya, kerajaan telah pun mengakui hakikatnya.
Jangan lupa 90% pelajar rendah SKJ(C) melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan.
Saya tidak berniat timbulkan isu MRSM dan UITM... kerana ia ada konteks sejarah dan asal usul sendiri. Begitu juga dengan SKJ(C).
Mempertahankan bahasa ibunda merupakan sesuatu yang mulia, atau boleh dipanggil Jihad, jika tidak keterlaluan.
Bahasa Jiwa Bangsa, mempertahankan bahasa ibunda selari dengan semua kepercayaan kaum dan juga Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UDHR (OHCHR merupakan pejabat hak asasi manusia PBB).
Ini bukannya sandiwara politik atau debat perkauman. Ketepikanlah pendapat politik pandangan perkauman masing-masing.
Perkara 26, UDHR (versi Bahasa Malaysia) .
- Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
- Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
- Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.