Showing posts with label UMNO election. Show all posts
Showing posts with label UMNO election. Show all posts

Wednesday, October 8, 2008

94 Bhg bertanding; 97 ok

Persidangan Bahagian: Apa yang boleh dinantikan?


    KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Biarpun Perhimpunan Agung Umno ditunda dari Disember ini ke Mac tahun depan, bahangnya tetap terasa menjelang persidangan perwakilan bahagian yang bermula Khamis ini lebih-lebih lagi kerana urusan pemilihan menjadi agenda utamanya.
    Perkembangan ini bukan sahaja menarik minat 3.3 juta anggota Umno, malah dalam tempoh sebulan yang ditetapkan bagi bahagian mengadakan mesyuarat masing-masing, rakyat keseluruhan akan turut mengikuti pertandingan jawatan ketua di 94 bahagian daripada keseluruhan 191 bahaguan Umno di seluruh negara.

    Paling menarik minat semua pihak tentulah pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan nain-naib presiden Umno, yang akan diputuskan pada persidangan perwakilan bahagian.

    Ini kerana sistem kuota yang digunakan dalam pemilihan untuk jawatan-jawatan tertinggi dalam parti itu mensyaratkan bahawa seseorang anggota hanya layak bertanding jawatan presiden jika mendapat sekurang-kurangnya 58 pencalonan, bagi jawatan timbalan presiden sekurang-kurangnya 38 pencalonan dan bagi jawatan naib presiden sekurang-kurangnya 19 pencalonan.

 

    Daripada mesyuarat agung tahunan lebih 20,000 cawangan Umno dari 17 Julai hingga 14 Sept lepas, 97 Ketua Umno Bahagian tidak akan dicabar.